
Sabda Rasulullah s.a.w :
"Jagalah taqwa kepada Allah, sebab taqwa itu menghimpun segala kebaikan.
dan kerjakan lah jihad sebab ia sebagai pertapaan bagi ummat islam dan lazimilah dzikrullah
dan membaca al-quran sebab ia cahaya penerangan untukmu di bumi
dan sebutan nama mu di langit. dan jagalah lidahmun kecuali dalam kebaikan
sebab dengan itu dapat mengalahkan syaitan."
Sabda Rasulullah lagi :
4 sifat yang tidak terdapat kecuali pada orang mukmin iaitu:-
1.Diam dan ini ibadat yang pertama
2.Tawaduk
3.Zikrullah atau berzikir
4.Tidak berbuat kejahatan
6 sifat yang menunjukkan kebodohan iaitu:-
1.Marah tidak pada tempatnya
2.Bicara yang tidak berguna, kerana itu seorang yang berakal tidak berbicara kecuali jika penting dan berguna
3.Pemberian yang tidak pada tempatnya
4.Membuka rahsia kepada semua orang
5.Percaya kepada semua orang
6.Tidak membezakan antara kawan dan lawan kerana itu kita harus mengetahui siapa musuh dan siapa kawan. Kawan untuk di taati dan musuh untuk di awasi dan musuh yang utama ialah syaitan, yang benar-benar harus di jauhi.
Diam mengandungi 7,000 kebaikan dan tersimpul dalam 7 kalimat dalam tiap kalimat seribu.
1. Diam itu ibadat tanpa susah payah
2. Perhiasan tanpa berkias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa minta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutup segala aib juga di sebut diam itu keindahanh bagi orang alim dan penutup bagi yang bodoh.
1) Rasulullahi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu')
maka Malaikat akan tetap mengikuti,
lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap
Allahumagh fir li abdika fulani fa innahu bata thaahirah "
(Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci)
Al-qamah pernah memberikan wasiat kepada puteranya...
dan ia berkata..
"Hai anakku, jikalau engkau merasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang,
maka pilihlah yang mempunyai sifat-sifat ini ,
iaitu jikalau engkau melayaninya, ia suka melindungimu,
jikalau engkau sahabat dia,
ia akan merupakan hiasan bagi dirimu dan jikalau engkau dalam keadaan kekurangan nafkah,
ia gemar pula mencukupi kekuranganmu"
Posted at 02:39 pm by danial99
chumamots99